Rahsia Zakar

Zakar, Batang , Pelir, Kote, Kontol, Anu

Lawat RahsiaZakar.com

FB/Wechat/Instagram/Link: abgsadonetwork

Home Top Ad

SPA untuk Lelaki



  • SPA untuk Lelaki
  • SAYA mempunyai saiz zakar normal tetapi ia membengkok ke depan. Kebanyakan zakar lelaki yang saya tahu menegang atau mendongak ke atas, teta...

    SAYA mempunyai saiz zakar normal tetapi ia membengkok ke depan. Kebanyakan zakar lelaki yang saya tahu menegang atau mendongak ke atas, tetapi saya menegang ke depan dan membengkok. Adakah rawatan untuk masalah ini? Mungkinkah saya ada masalah melakukan penetrasi apabila berkahwin?

    MAHUKAN PENJELASAN 
    Johor Bahru



    Keadaan dan bentuk zakar tidak sama untuk semua lelaki. Memandangkan zakar tidak bertulang, ia mudah dibentuk atau diluruskan secara sederhana tanpa menyakitkan. 

    Zakar yang kedudukannya tidak sehala ketika ereksi, seperti melengkung ke kiri, kanan, atas atau bawah secara sederhana, ia boleh diluruskan sama ada oleh lelaki itu atau pasangannya untuk dimasukkan ke dalam faraj dengan mudah. 

    Lain pula jika proses meluruskan zakar yang ereksi itu menyakitkan. Mustahak untuk lelaki itu berjumpa doktor untuk membetulkan kedudukan zakar. 

    Jika pasangan wanita terasa sakit atau tidak selesa disebabkan ereksi berbentuk luar biasa dan sukar disalurkan ke dalamnya, tentu persetubuhan penetratif jadi hambar. 

    Bentuk dan keadaan zakar ketika tidak ereksi ialah melentuk dan tergantung. Bagi lelaki yang mempunyai zakar 'mengembang', ketika tidak ereksi ia kecil dan terbenam. 

    Dalam keadaan ereksi, zakar mendongak dan bahagian depan melengkung seperti huruf 'S'. Sebahagian besar lelaki akan mendapati ereksi mereka sedikit ke kiri dan ini kerana sifat aktif otot bulbocavernosus (otot yang menampung pangkal zakar) kiri yang tegang dan membuatkan ereksi menghala sedikit ke kiri. 

    Posisi, kedudukan dan bentuk zakar berubah apabila ada parutan dalam otot zakar atau selaput tisu pengembang zakar menebal dan situasi ini dikenali sebagai penyakit Peyronie. 

    Jika zakar berbentuk luar biasa itu yang disebabkan parutan atau tisu pembalut otot menebal diurut, ia akan memudaratkan masalah sedia ada. 

    Kaedah mengurut atau menarik zakar tanpa kawalan dan pengawasan boleh merosakkan zakar. Tiada ubat, minyak atau krim urutan dapat membetulkannya. Anda perlu rujuk doktor untuk pemeriksaan.

    SAYA wanita berusia 27 tahun dan berkahwin lima bulan lalu. Adakah tubuh berisi boleh menyebabkan saya sukar hamil? Selain itu, apabila bers...

    SAYA wanita berusia 27 tahun dan berkahwin lima bulan lalu. Adakah tubuh berisi boleh menyebabkan saya sukar hamil? Selain itu, apabila bersama, suami lebih cepat klimaks berbanding saya dan air maninya meleleh keluar ketika mencabut kemaluannya. Adakah keadaan suami yang cepat klimaks menyebabkan tidak berlaku persenyawaan dan menyukarkan untuk saya hamil?


    ISTERI RUNSING

    Melaka 

    Anda dan pasangan baru berkahwin lima bulan dan masih berjinak-jinak dalam hubungan seksual. Suami anda dapat menyalurkan ereksinya ke dalam faraj dan melakukan ejakulasi. 

    Jika begitu, anda mempunyai peluang tinggi untuk hamil. Air mani memang terkeluar apabila faraj dirapatkan dan memandangkan anda gempal, ruang menjadi sempit dan air mani terkeluar bila paha dirapatkan. Kemungkinan besar semua air mani terkeluar. 

    Jika anda mahukan ia kekal, cara berkesan ialah selepas selesai hubungan dengan suami, jangan merapatkan paha, sebaliknya kekalkan posisi kaki secara terbuka. 

    Anda juga tidak digalak melakukan kemutan. Kemut selepas selesai melakukan hubungan membuatkan cecair atau air mani suami dalam faraj terkeluar. 

    Mengenai masalah cepat klimaks, air mani yang keluar tetap kekal dalam faraj dan sperma berkeliaran dalam faraj untuk memasuki serviks dan mencari telur jika kebetulan anda dalam waktu subur. 

    Jika suami lakukan tusukan secara keluar masuk, tentu dia rasa sentuhan bertalu-talu pada penghujung zakar. Dia perlu kekalkan ereksi dalam faraj dan menggerakkan pangkal zakar tanpa mengeluarkannya. Dengan cara begini, pangkal zakar yang kurang sensitif dapat mengelak klimaks cepat. 

    Dia juga boleh menggunakan cincin penambat zakar yang boleh dipasang ke pangkal zakar untuk mengurangkan rasa sensitif pada hujung zakar. 

    Cincin ini yang diperbuat daripada silicon (bukan getah) selamat untuk zakar dan faraj. Ia boleh didapati melalui Internet. 

    Jika masih tidak hamil dalam masa setahun, anda dan pasangan perlu merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan awal kesuburan.

    MASALAH kurang ereksi, tidak tahan lama dan mudah klimaks adalah masalah biasa bagi lelaki. Kebanyakan lelaki yang mengalami masalah ini mem...

    MASALAH kurang ereksi, tidak tahan lama dan mudah klimaks adalah masalah biasa bagi lelaki. Kebanyakan lelaki yang mengalami masalah ini mempunyai sejarah onani dan kerap melakukannya.

    Dalam sains, ereksi biasanya berlaku secara spontan apabila seseorang itu dalam keadaan teruja. Ini kerana kemasukan darah dalam liang otot zakar menjadi lancar dan ereksi menjadi kekal, lebih-lebih lagi jika otot lantai pelvis atau otot kemut dicengkam. 

    Bagaimanapun, apabila perasaan teruja itu lega, otot kemut juga menjadi lega, menyebabkan ereksi menjadi kurang tegap dan kurang berdaya. Ini biasanya terjadi kepada semua lelaki. 

    Selain itu, ereksi tidak cukup padat dan mudah hilang kekuatan dalam jangkamasa pendek pula sering terjadi kepada lelaki berumur.

    Kajian mengenai pengalaman lelaki yang kerap onani turut mendapati ereksi mereka makin lama makin lemah dan tidak berdaya walaupun pada mulanya ia padat.

    Ini disebabkan kemungkinan berlaku perubahan dalam otot zakar yang biasanya dapat mengekalkan darah di dalamnya tetapi kini tidak dapat berdaya tahan. 

    Jika geselan dilakukan secara cepat atau laju, ereksi dapat dipadatkan. Namun geselan cepat pula membuatkan zakar hilang daya kawalan dan mudah klimaks lebih awal. 

    Kajian turut mendapati lelaki lebih mudah klimaks dan tewas ketika bersama pasangan. Malah, masalah ini seakan-akan menjadi masalah biasa kepada lelaki. 

    Hakikatnya, semua masalah itu boleh dikatakan berpunca daripada amalan onani yang dilakukan secara kerap atau kronik. 

    Mungkin jika amalan itu dikurangkan dan lelaki melebihkan aktiviti yang membina kekuatan batin seperti melakukan senaman kemut atau Kegel (mencengkam otot kemut dan tahan cengkaman itu untuk beberapa saat) dan melakukannya seberapa banyak dalam seminit), sedikit sebanyak ia dapat membantu. 

    Cuba lakukan senaman berkenaan secara kerap iaitu tiga hingga lima kali sehari. Kemungkinan dengan cara ini, tahap kepadatan otot kemut anda dapat mempertahankan daya ereksi. 

    Di samping itu, saya sarankan lelaki mengamalkan gaya hidup sihat dan lakukan senaman berkala, elak merokok dan jauhi berat badan berlebihan. 

    Mudah-mudahan kesihatan anda terkawal dan kekuatan fizikal menjadi sempurna, sekali gus menguatkan kekuatan batin. Yang perlu dipercayai, badan sihat akan menjamin kesihatan seksual yang berkekalan.

    SAYA mungkin mengalami masalah pancutan air mani. Pada pandangan doktor, adakah kadar kekuatan pancutan air mani mempengaruhi orgasm isteri?...

    SAYA mungkin mengalami masalah pancutan air mani.

    Pada pandangan doktor, adakah kadar kekuatan pancutan air mani mempengaruhi orgasm isteri?
    SUAMI RUNSING

    Pancutan air mani berlaku apabila lelaki itu mencapai klimaks atau kemuncak rangsangan seksual. Ketika dalam keadaan terangsang, semua otot yang terbabit dalam menjayakan penetrasi seperti otot lantai pelvis atau otot kemut serta otot lain otot punggung, otot belakang, otot paha dan semua otot badan berada dalam keadaan tegap dan aktif.


    Sistem pancutan juga berada dalam keadaan mantap. Apabila seseorang lelaki mencapai klimaks, sistem pancutan menjadi aktif dan air mani terkeluar secara pancutan dengan cengkaman otot lantai pelvis atau otot kemut yang berlaku secara spontan.

    Apabila lelaki itu cuba mengawal ejakulasi dengan hasrat melengahkan ejakulasi secara kemutan, daya ejakulasinya akan terbantut dan air maninya akan keluar secara meleleh.

    Sistem pancutan turut menjadi kurang bersemangat apabila umur lelaki itu meningkat dan otot yang mengawal pancutan juga menjadi lemah akibat perubahan umur dan kurang daya fizikal.

    Jika ingin mencapai ejakulasi lebih dinamik, lelaki itu perlu mengekalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman berkala supaya otot badan menjadi kuat.

    Paling tidak, cuba lakukan lakukan senaman kemut (senaman Kegel) dan elakkan mengemut ketika ejakulasi berlaku supaya daya pancutan lebih mantap.

    SAYA ingin bertanya kepada doktor mengenai penggunaan ubat kuat seks atau krim seks. Adakah penggunaan ubat seperti ini akan mendatangkan ke...

    SAYA ingin bertanya kepada doktor mengenai penggunaan ubat kuat seks atau krim seks. Adakah penggunaan ubat seperti ini akan mendatangkan kesan jangka panjang seperti masalah mati pucuk di kemudian hari? Sesuaikah ubat kuat digunakan ketika bersama isteri?

    Untuk pengetahuan doktor, saya mengalami masalah klimaks yang sangat cepat. Paling lama saya mampu bertahan untuk tiga hingga tujuh minit saja. Harap doktor dapat memberi ulasan mengenai produk yang saya nyatakan tadi. Terima kasih.

    ZAIMI, Kajang

    Anda mungkin tahu bahawa bukan anda seorang saja yang mengamalkan penggunaan krim seks atau ubat kuat. Sebenarnya, lebih ramai lelaki kerap mengamalkannya untuk tujuan yang sama tanpa mengira kesan sampingan atau kesan jangka panjang yang boleh berlaku kepada kesihatan mereka dan pasangan.

    Anda mengamalkan bahan berkenaan kerana mahu beraksi lama. Anda juga hanya mampu bertahan tiga hingga tujuh minit apabila beraksi dan anda percaya masa itu tidak cukup atau tidak normal seperti orang lain.

    Sebenarnya, untuk melayari bahtera suami isteri, seseorang itu perlu mempunyai kesihatan yang baik, tahap fizikal dan stamina yang mantap.

    Selain itu anda perlu mempunyai daya kawalan minda yang kukuh supaya dapat mengawal diri daripada ejakulasi cepat atau dapat mengawal ejakulasi sehingga pasangan anda mencapai kemuncak.

    Pendek kata, apa yang jelas mengenai kemampuan syahwat dan daya aksi seksual dengan pasangan ialah minda yang cergas, daya tumpuan yang kukuh, tubuh badan yang sihat dan daya kawalan beraksi ketika bersetubuh.

    Krim, ubat kuat atau makanan tambahan hanya berfungsi sebagai bahan sokongan, itupun jika ia benar-benar berkesan. Kebanyakan produk dalam pasaran tidak pernah dikaji dan hampir keseluruhannya mengandungi bahan kimia terlarang yang boleh menyebabkan masalah kesihatan.

    Anda perlu berwaspada dengan iklan ubat kuat atau krim ajaib yang kononnya dapat membantu melewatkan ejakulasi. Mengenai masalah cepat klimaks, definisi sebenar ialah apabila ejakulasi berlaku lebih awal daripada yang diharapkan atau apabila ejakulasi berlaku kurang seminit dari peringkat ereksi masuk dan pencapaian ejakulasi.

    Jadi tiga hingga tujuh minit itu dikira normal jika masa yang anda kira itu bermula dari saat memasukkan ereksi sehingga ejakulasi berlaku.

    Jika anda mengira dari mula beraksi, termasuk aksi pemanasan dan penetrasi, masa itu boleh dikira agak cepat. Anda perlu memahami dan mempelajari teknik persetubuhan yang tepat.

    Contohnya, tekanan kepada penghujung kemaluan dikurangkan dengan cara mengekalkan ereksi di dalam kemaluan isteri tanpa dikeluarkan, sambil meningkatkan geselan bahagian pangkal kemaluan ke langit kemaluan isteri. Ia dikenali sebagai 'Coital Alignment'.

    Cara ini dapat mengurangkan geselan hujung zakar dan secara langsung dapat memanjangkan aksi hubungan suami isteri. Jika penghujung zakar amat sensitif, mungkin dengan cara menggunakan gel 'local anaesthetic' (pengebas) dapat membantu mengurangkannya.

    Krim pengebas yang dijual di luar sana sebenarnya tidak tulen. Hakikatnya, ia hanya sejenis ubat peradang kulit dan tidak selamat untuk digunakan secara kerap. Anda boleh dapatkan gel pengebas daripada doktor.

    SAYA lelaki berusia 27 tahun dan mempunyai saiz zakar sepanjang empat inci. Untuk pengetahuan doktor, saya inginkan kemaluan yang lebih besa...

    SAYA lelaki berusia 27 tahun dan mempunyai saiz zakar sepanjang empat inci.

    Untuk pengetahuan doktor, saya inginkan kemaluan yang lebih besar.
    Adakah pengambilan 'Vimax pills' benar-benar berkesan bagi membesarkan zakar dan bolehkah ia didapati di farmasi?

    LIM
    Pulau Pinang


    Sepuluh tahun lalu, Persatuan Kajian Impotensi Antarabangsa (International Society of Impotence Research atau ISIR) menubuhkan satu jawatankuasa untuk meninjau sejauh mana keberkesanan kaedah dan pendekatan rawatan yang dipaparkan oleh organisasi dan agensi produk kesihatan melalui laman web mereka.

    Mengikut jawatankuasa berkenaan, maklumat diberi sebilangan besar daripada laman itu mengelirukan dan tidak boleh diterima secara saintifik kerana tiada kajian mengenai kaedah dan pendekatan untuk pembesaran anggota kelamin lelaki yang dipaparkan.

    Jawatankuasa itu menyatakan, masalah berkaitan saiz dan bentuk anggota kelamin lelaki adalah isu yang perlu diberi perhatian. Mereka berpendapat ramai lelaki yakin mengalami masalah berkenaan dan perlu rujuk kepada doktor yang diiktiraf bagi menjalani pemeriksaan dan mendapat bimbingan dan rawatan.

    Malangnya mesej ini tidak sampai kepada anda di luar sana dan juga kepada semua lelaki yang tidak yakin mengenai saiz dan bentuk anggota kelamin mereka walaupun anggota itu normal daripada segi baka dan keturunan.

    Kembali kepada produk herba 'Vimax' yang kononnya dapat bantu memantapkan anggota kelamin lelaki, boleh dikatakan kekuatan produk itu terletak kepada 'strategi pemasarannya' saja.

    Produk ini tidak dikaji dengan baik. Jika anda benar-benar mengalami isu saiz atau tidak yakin dengan bentuk anggota kelamin anda, anda perlu rujuk kepada doktor.

    Anda menyatakan anggota kelamin anda kecil ketika ereksi dan anda tidak yakin anda boleh memuaskan pasangan anda selepas berkahwin kelak.

    Bagaimanapun, anda boleh membayangkan situasi apabila anggota kelamin dibesarkan secara luar biasa. Kesannya, anda pasti sukar berlari atau berjalan cepat kerana terasa sakit di bahagian tundun yang menampung anggota kelamin.

    Jika anda tidak percaya, tanyalah lelaki yang menjalani proses pembesaran alat kelamin secara suntikan. Jika berlaku keradangan, anggota kelamin kelihatan besar dan berat serta mempunyai benjolan di keliling zakar.

    Secara amnya, pembesaran zakar secara suntikan tidak bagus dan lebih mendatangkan pelbagai kesan negatif. Jika anda masih berhajat, saya sarankan anda mendapatkan pandangan doktor terlebih dulu dan ikuti kaedah disarankan.

    SAYA terbaca di Internet mengenai pembuluh buah zakar atau varises buah zakar. Adakah ia berbahaya atau boleh menyebabkan kemandulan? Bagaim...

    SAYA terbaca di Internet mengenai pembuluh buah zakar atau varises buah zakar. Adakah ia berbahaya atau boleh menyebabkan kemandulan? Bagaimana ia boleh berlaku dan sekiranya seseorang mengalaminya, bagaimana kaedah rawatan yang perlu diambil oleh pesakit. Bolehkah ia sembuh?


    Zul, Johor

    Pembuluh vena yang menerima darah dari tisu dalam buah zakar menyalurkan darah ini kembali ke dalam sistem penyaluran darah boleh mengembang dan memuntal apabila takungan darah mendap dan berkumpul dalamnya apabila sistem penahanan (valve) dalam vena itu tidak dapat menolak darah kembali ke dalam sistem penyaluran darah.


    Apabila ini berlaku pembuluh vena kepada buah zakar itu akan mengembang dan kelihatan terjojol. Apabila keadaan ini berpanjangan, tisu buah zakar akan terdedah kepada kepanasan dan ini boleh membuatkan kilang sperma terencat dan tidak dapat menghasilkan sperma yang berkualiti.


    Keadaan ini dikenali sebagai 'varicocele' dan ia boleh berlaku kepada kedua dua pembuloh vena buah zakar. Kemungkinan ia berlaku dalam kehidupan lelaki itu ialah antara 15 hingga 20 peratus.

    Kemungkinan varikosel berlaku kepada pembuluh vena buah zakar kiri ialah 80 peratus. Biasa perkara ini bukan isu kecuali lelaki itu sudah berkahwin dan belum lagi dikurniakan cahaya mata dan kebetulan isterinya tiada masalah kesuburan dan ujian air maninya menunjukkan masalah kepada kedudukan profil spermanya.

    Jika ini berlaku, cara yang bijak ialah untuk lelaki itu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan untuk mengatasi masalah kemendapan darah vena itu, melalui pembedahan mengikat salur vena yang sudah kembang itu.

    Sekiranya masalah sperma itu akibat kepanasan, maka cara yang dilakukan itu sudah tentu akan memulihkan keadaan. Jarangkali pembuluh vena baru yang muncul setelah vena yang kembang itu diikat, mengembang kembali dan membuatkan perkara itu berulangi.

    Apabila situasi ini berlaku dan lelaki itu didapati ada masalah sperma, maka varikosel yang kembang itu perlu diikat supaya kilang sperma kembali aktif. Ada sebilangan lelaki yang mengalami varikosel kepada kedua dua buah zakar dan mempunyai masalah kesuburan.

    Pembedahan yang sama juga akan dicadangkan dengan harapan profil sperma dapat dipulihkan. Boleh juga berlaku profil sperma masih kekal bermasalah dengan kualiti sperma yang merosot walaupun varikosel sudah dirawati.

    Ada juga kes profil sperma normal walaupun lelaki itu mengandungi varikosel. Pendek kata, varikosel ini hanya dikendalikan apabila kesuburan lelaki itu tergendala.

    Jika kualiti sperma normal dan dia tiada apa apa masalah, tiada sebab kenapa dia perlu jalani pembedahan varikosel.

    SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun empat bulan (sekarang memasuki tadika usia 5 tahun). Anak saya selalu mengalami tegan...

    SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun empat bulan (sekarang memasuki tadika usia 5 tahun). Anak saya selalu mengalami tegang di kemaluannya (zakar), dan dia tidak selesa dengan keadaannya itu.

    Jadi, anak saya selalu memegang kemaluannya supaya zakarnya dapat turun. Untuk pengetahuan doktor, anak saya pernah menjalani pembedahan hernia semasa umurnya dua tahun.

    Soalan saya, Adakah perkara ini normal pada kanak-kanak seperti anak saya? Apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan adakah keadaan ini dapat dipulihkan dan bagaimana?

    Ibu Resah


    Ereksi spontan boleh berlaku kepada semua lelaki baik muda, mahu pun yang tua, cuma tahap, kekuatan dan masa ereksi berbeza.

    Sedangkan bayi lelaki dalam rahim ibu pun boleh mengalami ereksi dan kadangkala doktor yang melakukan ujian imbasan dapat memastikan jantina bayi dalam rahim ibu melalui ereksi spontan bayi lelaki.

    Anda tidak perlu bimbang yang anak anda mudah sangat mencapai ereksi. Dengan dia memegang ereksinya tidak akan menimbulkan masalah dan anda tidak perlu melakukan apa-apa kecuali membiarkannya berlaku.

    Lambat-laun dia tidak akan menumpukan perhatiannya kepada ereksinya apabila perkara itu menjadi biasa, lebih lagi jika anda tidak mengingatkannya tentang perkara itu.

    Jadi ereksi spontan yang berlaku kepada kanak-kanak kecil seperti anak anda, itu perkara normal dan bukan penyakit. Biarkan sahaja dan keadaan akan menjadi biasa.

    Berkaitan dengan angin pasang yang anak anda alami dan sudah pun menjalani pembedahan pemulihan, perkara itu tiada kaitan dengan perilaku dia memegang dan mudah mencapai ereksi spontan.

    Secara kebetulan, komunikasi atau jalanan antara kerandut dan perut kekal setelah buah zakar itu masuk ke dalam kerandut dari tempat asalnya, iaitu berdekatan buah pinggang dalam perut ketika bayi lelaki itu masih dalam perut ibu.

    Apabila jalanan itu kekal, ketulan usus boleh termasuk dan bahagian itu akan terjojol apabila bayi itu menangis. Apa yang doktor lakukan itu iaitu melakukan pembedahan pemulihan, menutup jalanan dan memasukkan usus kembali ke dalam perut, memang tepat sekali.

    GOLONGAN lelaki sering menghadapi masalah lemah pancutan air mani. Malah, kebanyakannya turut mengalami masalah sukar mencapai kemuncak rang...

    GOLONGAN lelaki sering menghadapi masalah lemah pancutan air mani. Malah, kebanyakannya turut mengalami masalah sukar mencapai kemuncak rangsangan seksual.

    Bagi golongan Adam, ia menjadi masalah berat kerana tidak dapat berasa kepuasan seks ketika bersama isteri dan rata-ratanya juga tidak menemui jalan penyelesaian.


    Ini semua mungkin berlaku kerana beberapa perkara seperti mengalami masalah kegagalan klimaks (retarded ejaculation atau anejaculation), klimaks tanpa ejakulasi (mental climax without ejaculation) atau ejakulasi yang berlaku dalam pundi kencing (retrograde ejaculation).

    Sesetengah lelaki hanya boleh mencapai klimaks dengan cara onani kerana dengan cara itu dia dapat menghayati imaginasi seksnya. Begitupun, ketika bersama, perasaan berkenaan sukar diperoleh dan dalam masa sama, si isteri tidak dapat mengandung.


    Secara ringkas, lelaki seperti ini hanya dapat mencapai ejakulasi dengan onani dan tidak dengan persetubuhan! Ini terjadi kerana mungkin lelaki berkenaan sering melakukan onani ketika zaman bujangnya dan ia antara risiko yang perlu dihadapi lelaki.


    Kerana itu, onani tidak digalakkan kerana pengamalnya boleh terikat dengan 'keseronokan' tersendiri yang boleh mengganggu hubungan intim seksual dengan isterinya. Perkara sama juga boleh berlaku kepada wanita yang hanya dapat kepuasan atau kemuncak syahwat dengan menggunakan tangan atau alat lain tetapi tidak melalui hubungan seksual dengan suami! Jika pancutan dan ejakulasi tidak dilakukan di dalam faraj, sukar untuk mendapatkan cahaya mata. Bagaimanapun, jika air mani dapat disalurkan ke dalam faraj dengan cara menyemburkan air mani dalam faraj menggunakan picagari, kemungkinan besar isteri dapat mengandung. Begitupun, ia bukan mudah dilaksanakan, sebaliknya perlu dilakukan ketika isteri dalam subur dan sperma normal.

    Jika dengan cara ini pasangan berkenaan masih gagal menimang cahaya mata, anda perlu menjalani pemeriksaan kesuburan.


    Berbalik kepada keadaan lelaki yang tidak dapat melakukan ejakulasi, pastinya hubungan suami isteri menjadi hambar dan sia-sia.

    SAYA berusia 26 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Zakar saya terlalu kecil, pendek dan tidak padat ketika menegan...



    SAYA berusia 26 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Zakar saya terlalu kecil, pendek dan tidak padat ketika menegang. Saya bimbang tidak dapat menjalankan tanggungjawab seksual terhadap isteri kelak. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

    Jawapan

    APABILA umur lelaki mencecah 20 hingga 24 tahun, tumbesaran zakar akan mencapai tahap maksimum. Keadaan zakar pada peringkat awal baligh berbeza jika dibandingkan dengan peringkat pertengahan baligh dan akhir baligh dari segi kekerapan mencapai ereksi.

    Biasanya ereksi lebih kerap berlaku sewaktu peringkat awal dan pertengahan baligh. Pada peringkat akhir baligh atau dewasa, ia akan berkurangan dan lebih terkawal.

    Keadaan zakar juga berbeza antara zakar individu yang kerap, kurang dan tidak melakukan onani. Bagi yang tidak pernah melakukan onani, zakarnya akan kelihatan tidak begitu padat, kecil dan lebih kecut.

    Semua ini adalah semula jadi. Dalam keadaan terangsang, otot zakar akan mengembang kerana pengaliran darah yang banyak ke dalam rongga otot. Apabila lelaki itu mengemut atau mencengkam otot lantai pelvis (seperti menahan membuang air kecil atau besar), zakar kelihatan lebih padat dan besar. Ini juga adalah perubahan semula jadi.

    Memang keadaan zakar berbeza dari semasa ke semasa. Ini kerana pengaruh aktiviti hubungan seks bagi individu yang sudah berkahwin. Jika hubungan seks kerap dilakukan, zakar akan lebih pejal dan besar.

    Jadi, jangan bimbang jika zakar kelihatan kecil dalam sesuatu masa kerana ia perkara biasa. Paling penting zakar dapat berfungsi dengan sempurna. Jika masih bimbang dan was-was, sila berjumpa doktor.

    Mengurut Zakar Melalui Persetubuhan Zakar adalah anggota tubuh yang sukar dikawal oleh minda. Adalah sukar bagi lelaki normal untuk memer...

    Mengurut Zakar Melalui Persetubuhan

    Zakar adalah anggota tubuh yang sukar dikawal oleh minda. Adalah sukar bagi lelaki normal untuk memerintahkan zakarnya menegang mengikut sesuka hati. Ereksi atau ketegangan zakar antara lain digerakkan oleh deria penglihatan, sentuhan dan bau yang menghantar mesej ke otak untuk merembes hormon jantan dan seterusnya mengeraskan zakar untuk tegak kerana terangsang atau berahi apabila bersama perempuan.

     
    Oleh kerana saiz, tahap kekerasan dan bentuk zakar merupakan faktor-faktor bagi memudahkan isteri mencapai klimaks dan inzal, maka disebutkan bahawa teknik mengurut zakar pada liang faraj isteri adalah satu latihan yang perlu dipelajari oleh suami.

     
    Salah satu cara bagi memuaskan isteri ialah dengan membuat faraj isteri dapat merasakan zakar mengurut dan mengusap keseluruhan liang faraj atau vagina dalam setiap dayungan. Ini akan hanya dapat dilakukan apabila suami dapat mengawal kepala zakarnya agar boleh kembang dan kuncup apabila dikehendaki.
     
    Tekniknya ialah seperti berikut :

     
    * dayungan masuk – kuncupkan kepala zakar apabila menusuk ke dalam faraj

    * dayungan keluar – kembangkan kepala zakar apabila menarik zakar dari faraj
     

    Melalui cara yang disebutkan tadi, isteri akan merasa seluruh urat-urat di dalam farajnya dibelai dan diusap oleh zakar, dan ini akan memberi nikmat dan kelazatan seks yang tidak terhingga pada isteri.
     

    Cara melatih zakar untuk responsif kembang-kuncup ialah melalui urutan dan perlu disertai dengan kaedah pernafasan tertentu. Ketika bangun pagi, semasa zakar masih tegang, ambil sedikit Wild-X Gen 2 dan gosokkan pada tapak tangan supaya panas. Tuam tapak tangan pada bahagian pinggang dan urut dari hala atas ke bawah.

    Amalan mengurut zakar memang terdapat dalam tradisi masyarakat Melayu lama. Amalan ini dikatakan telah dibawa oleh pedagang Arab ke Tanah Me...

    Amalan mengurut zakar memang terdapat dalam tradisi masyarakat Melayu lama. Amalan ini dikatakan telah dibawa oleh pedagang Arab ke Tanah Melayu. Telah tersebut dalam kitab Rawd-At-Tirr karangan Sheikh Nefzawi seorang penasihat istana kerajaan Arab-Tunisia di abad ke-17, berkenaan kaedah membesarkan saiz zakar melalui urut.

     

    Nota : penderita sakit kencing manis [ diabetes ] pada tahap kritikal tidak digalakkan untuk mengurut zakar.

     

    1. Tujuan mengurut zakar


    Terdapat beberapa pendekatan serta tujuan mengurut zakar :

    * bagi mengubati tanda-tanda awal penyakit mati pucuk dan lemah tenaga batin

    * untuk mengatasi masalah pancutan awal atau ejakulasi pramatang

    * tujuan membesarkan dan memanjangkan zakar. Menurut ilmu tabib Cina, zakar boleh ditambah saiz sehingga 1 hingga 2 inci. Namun rawatan urut Melayu dan kitab-kitab Arab mencatat bahawa saiz boleh ditambah sehingga 4 inci. Malahan ahli Yoga India ada yang mampu memanjangkan zakar sehingga 14-inci!

    * bagi meningkatkan keampuhan dan keupayaan zakar – supaya zakar menegak lebih tegar dan galak, condong ke atas dan timbul urat-urat zakar serta kepala zakar kembang dengan garang seperti singa apabila menghadapi isteri ketika perstubuhan.

    * mengurut zakar untuk meredakan gejolak nafsu – terutama kepada lelaki bujang atau suami yang berjauhan dari isteri (tanpa menumpahkan air mani) serta mengelak dari maksiat zina.

    * sebagai latihan untuk menghadapi situasi sebenar persetubuhan. Urut zakar dengan latihan pernafasan tertentu boleh membantu suami mengawal kepala zakar untuk mengembang dan menguncup untuk kepuasan jimak pihak isteri. Sekaligus amalan urut ini berfungsi membantu ketahanan suami dalam senggama dan jimak.

     

    2. Kaedah Mengurut zakar

    Ada pelbagai kaedah mengurut zakar yang meliputi cara mengurut, kawasan tubuh badan yang diurut, minyak atau alat yang digunakandan peraturan tempoh waktu amalan urut dilakukan, malahan ada yang menggunakan jampi serapah seperti dalam amalan dukun Melayu.

     

    Berikut ini adalah koleksi kaedah urut zakar seperti yang diamalkan oleh masyarakat tradisi Melayu-Arab yang diturunkan kepada anak daripada bapa apabila anak lelaki mula mencapai umur baligh. Ianya adalah Rahsia yang perlu diketahui oleh setiap lelaki yang mengambil berat akan kesihatan fizikal zakarnya.

     

    * Mengeraskan Zakar Sebelum tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskannya apabila mengurut. Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jari tangan dan urut kelengkang ia itu antara dubur ke telur zakar (seakan-akan Istibra selepas kencing). Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala saja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar. Lakukan sebanyak 7 kali. Ada juga amalan yang disertai dengan zikir-zikir tetentu, seperti contohnya wafaq berikut:

    Ya Qadim

    Ya Daim

    Ya Ahad

    Ya Wahid

    Ya Samad

    Ya Allah – Ya Allah – Ya Allah

    Ya Qahar – Ya Qahar – Ya Qahar

    Lailaha il'aLlah hu Wahidul Qahar

     

    Kesan dari amalan ini akan dapat dilihat pada malam itu juga, di mana zakar akan menegang dengan galak sekitar 3 pagi sehingga waktu solat subuh. Amalkan ia kalau boleh pada setiap malam sebelum anda tidur terutama ketika cuaca sejuk supaya ligament dan urat-urat zakar berada pada tahap kecergasan yang terbaik.

     

    * Urut untuk Memecahkan Lemak & Angin pada batang Zakar

      Semasa bangun dari tidur, selatkan pangkal batang zakar [ kawasan yang berhampiran dengan bumi zakar ] menggunakan jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan atau tangan kiri. Hujung jari-jari itu menekan ke bumi zakar sambil mengurut-urutnya ke atas dan ke bawah.

     

    Lakukan selama kira-kira 2 minit atau hitungan 99-kali. Lakukan pada setiap pagi kerana amalan ini akan memecahkan lemak dan angina dari berkumpul pada pangkal zakar. Ianya juga dapat mengelakkan dari berlakunya tersimpul urat buah zakar apabila usia meningkat tua.

     

    * Menahan Mani

     

    Menurut kitab Tajul Muluk dan Rawd-at-Tirr, mengurut menggunakan minyak urut yang khas boleh membantu lelaki bertahan lebih lama ketika bersetubuh. Caranya ialah dengan mengurut sehala dari pangkal zakar menghala ke hujung zakar, berulang-ulang kali. Tempatkan ibu jari di bahagian atas batang zakar, jari tengah di bahagian bawahnya. Lakukan urutan selama 2 minit atau 99-kali hitungan. Latihan ini boleh dilakukan pada bila-bila waktu lapang, kecuali pada waktu Zohor dan Maghrib.

     

    * Urut Memanjangkan Zakar Kebanyakan lelaki merasakan zakar mereka tidak menepati saiz yang sepatutnya. Purata zakar normal lelaki dewasa Malaysia ialah sekitar 4 inci hingga 6 inci, namun perlu diingatkan bahawa kebanyakan lelaki tidak mencapai saiz zakar yang optima. Maka atas sebab ini kaedah mengurut boleh meningkatkan zakar ke tahap yang lebih besar dan panjang.

    Dalam satu kajiselidik di Amerika, majoriti wanita di negara tersebut menginginkan lelaki yang mempunyai zakar sekitar 7 inci dengan ukur keliling yang tebal. Alasan yang diberikan mereka ialah untuk dapat merasakan zakar penuh atau sendat di dalam vagina dan supaya kepala zakar dapat menyentuh mulut rahim (cervix atau Batu Meriyan dalam istilah perbidanan Melayu)

     

    1. Mengurut zakar untuk memanjangkannya elok dilakukan pada awal pagi. Sapukan sedikit minyak urut pada tapak tangan dan gosok dengan laju untuk memanaskannya.

     

    2. Tarik nafas dalam-dalam. Kemutkan dubur, genggam pangkal batang zakar dengan tangan kanan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.

     

    3. Lurutkan batang zakar itu membawa tangan ke hujung zakar tapi hendaklah anda berhenti bila sampai ke takuk zakar. Dengan cara ini, anda menghantar lebih banyak darah ke dalam kepala zakar dan dikunci tenagannya oleh cengkaman tangan tadi. Tahan nafas selama 7 kiraan sambil mengekalkan cengkaman itu. Kemudian lepaskan.

     

    4. Lenturkan batang zakar ke arah paha kanan dubur. Kemudian lepaskan lenturan itu. Lakukan sebnyak 21 kali.

     

    5. Lenturkan batang zakar ke arah paha kiri dubur. Kemudian lepaskan lenturan itu. Lakukan sebanyak 21 kali.

     

    6. Pegang kepala zakar, pusingkan zakar mengikut jarum jam sebanyak 21 pusingan. Kemudian lakukan yang sama pada arah berlawanan jarum jam.

     

    Saksikan perbezaan pada zakar anda pada hari-hari ke 7, ke-14 dan pada hari ke-21 dan hari ke-40. Sebaik-baiknya anda mengukur zakar terlebih dahulu sebelum memulakan latihan ini.

     



    CATATAN ISTILAH

    Istibra' (Membersihkan sisa-sisa air kencing di dalam zakar) Istibra' dilakukan dengan cara: * Mengusap dengan kuat antara lubang dubur dan zakar sebanyak tiga kali . Usapan hendaklah dilakukan sehala saja dari arah dubur ke telur zakar. * Meletakkan telunjuk di bawah batang zakar dan ibu jari di atas batang zakar dan lalu mengusapkannya dengan tekanan hingga hujung zakar sebanyak tiga kali * Menekan ujung zakar [kepala zakar] tiga kali. Dilakukan seperti memerah kepala zakar, untuk mengeluarkan sisa-sia air kencing.

     

    Jika setelah istibra' keluar cairan yang meragukan apakah air kencing atau bukan maka dianggap suci dan tidak membatalkan wudhu tetapi jika tidak istibra', maka dihukumi najis dan membatalkan wudhu'. Antara manfaat amalan Istibra' ialah mencegah masalah Prostate dan masalah radang jangkitan pada saluran kencing.

    Ramai lelaki tidak tahu betapa besar atau kecilnya saiz zakarnya. Malah secara umumnya lelaki yang punya saiz zakar normal (bersaiz purata) ...

    Ramai lelaki tidak tahu betapa besar atau kecilnya saiz zakarnya. Malah secara umumnya lelaki yang punya saiz zakar normal (bersaiz purata) fikir bahawa zakarnya kurang berbanding purata. Setiap lelaki adalah unik dengan caranya tersendiri termasuklah dari segi saiz zakar. Ada lelaki punya zakar yang panjang kurus, sementara ada pula yang besar tapi pendek, dan yang dianggap beruntung oleh sebahagian wanita ialah lelaki yang punya senjata yang panjang dan besar.

    Tapi bagaimanakah anda tahu di manakah anda berada?

    Bagaimanakah untuk anda bandingkan dengan lelaki purata?

    Cara mengukur zakar ialah dengan menggunakan pita pengukur.

    Ukurlah panjangnya, besarnya serta kecondongannya bila ia mengeras.

    Bila anda sudah mengukurnya bolehlah anda bandingkan dengan saiz purata zakar menurut kajian terkini di Barat.

    Purata panjang zakar yang dicapai semasa ghairah dan mengeras diukur dari pangkal batang zakar hingga ke hujungnya ialah 5.8 inci.

    Dengan membelitkan pita pengukur di sekeliling pangkal zakar yang sedang mengeras akan diketahui pula berapa besarkah zakar anda.

    Purata ialah 5 inci keliling atau 1.6 inci diameter.

    Untuk mengetahui darjah kecondongan zakar, berdiri dengan belakang anda bersandar di dinding.

    Zakar yang bila mengeras kecondongannya 180 darjah akan menjurus tepat ke dagu anda.

    Jika kecondongannya 90 darjah, ia akan menjurus tepat ke depan anda.

    Jika 0 darjah ia akan menjurus tepat ke kaki anda. Secara purata, kecondongan zakar bila mengeras ialah 106.8 darjah.

    Jika ada keperluan, anda juga boleh mengukur zakar anda ketika ia lembik.

    Caranya ialah mengukurnya sejurus saja anda membuka pakaian kerana ini dapat mengelakkan udara panas atau sejuk menyebabkan zakar jadi kecut atau kembang.

    Secara purata, panjang zakar bila lembik ialah 3.43 inci.

    Adakah saiz zakar itu penting?

     Ini mungkin salah satu soalan yang paling kerap ditanya di seluruh dunia. Ia sebenarnya adalah soalan yang tidak ada gunanya.

     Menurut Institut Kinsey, zakar terpanjang dalam rekod ketika ia mengeras ialah 13 inci sementara yang paling pendek ialah 1.75 inci.

    Saiz zakar itu penting hanya dan apabila anda fikir ia penting.

    Jika isteri anda mahukan zakar yang besar, maka saiz zakar penting buat dirinya dan hanya dirinya.

    Jika anda fikir zakar anda sepatutnya lebih besar, maka saiz zakar penting pada anda dan hanya anda.

    Tapi saiz zakar tidak penting hingga ke satu tahap, untuk memberikan rasa fizikal kepada isteri anda.

    Ramai wanita melaporkan bahawa ramai lelaki punya saiz zakar yang panjang.

    Lubang faraj hanya sekadar 5 inci panjangnya, hatta zakar yang kecil mampu menyentuh setiap sudut dalam lubang faraj.

    Rahsia menikmatkan dan menggembirakan isteri dalam jimak tidak ada kaitan dengan saiz zakar.

     Yang penting ialah tumpukan pada gerakan dan tempo dayungan.

    Ramai wanita akan setuju bahawa saiz zakar saja tidak cukup untuk memuaskan mereka.

    Oleh itu buangkanlah kebimbangan anda tentang saiz zakar anda dan tumpukan kepada teknik atau seni jimak.

    SAYA mengeluarkan air mazi yang terlalu banyak sewaktu teruja atau dikenali sebagai resdung zakar. Adakah selamat bagi isteri saya yang meng...

    SAYA mengeluarkan air mazi yang terlalu banyak sewaktu teruja atau dikenali sebagai resdung zakar. Adakah selamat bagi isteri saya yang menghisap dan menelan air mazi berkenaan?


    INGIN TAHU

    Muar, Johor

    Air mazi yang keluar membasahi mukosa salur kencing mengurangkan keasidan cecair dalam ruang salur kencing dan membersihkan saluran itu daripada kuman dan bekas kencing.

    Air mazi itu juga boleh digunakan untuk melicinkan penghujung alat sulit lelaki supaya mudah dimasukkan ke dalam pembukaan kelamin pasangannya.

    Jika air mazi berlebihan, ia boleh membuatkan keadaan yang kurang selesa kepada pasangan kerana akan membuatkan corong alat sulit wanita tersangat lembap dan hubungan tidak seronok kerana keadaan 'becak'.

    Bagi lelaki pula, pengeluaran air mazi yang banyak seolah-olah menggambarkan dia hilang perasaan teruja sebelum sempat klimaks kerana dia akan dapati apabila air mazi keluar dengan banyak, tahap kekerasan ereksinya mula menurun!

    Bagi sesetengah budaya (seperti di Bangladesh dan Pakistan) pengeluaran air mazi yang banyak menggambarkan ereksi yang lemah dan lelaki yang mengalami perkara itu rasa tertekan kerana takut pasangannya tidak puas! Dalam pandangan Islam, air mazi itu najis dan menelan air mazi itu hukumnya menelan najis!

    Jadi jika anda masih amalkan seks oral bersama pasangan, anda boleh gunakan kondom kering membalut ereksi. Cara ini dapat mengelak isteri tertelan air mazi dan terhindar daripada terkena jangkitan jika secara kebetulan wujud kuman dalam air mazi anda.

    SAYA berumur 38 tahun dan masalahnya apabila ereksi, alat sulit saya menegang ke atas serta tidak menentu. Apabila berjimak, isteri saya men...

    SAYA berumur 38 tahun dan masalahnya apabila ereksi, alat sulit saya menegang ke atas serta tidak menentu. Apabila berjimak, isteri saya mengadu sakit kerana alat kelamin saya tidak boleh digerakkan mengikut posisi dikehendaki yang membuat saya juga kurang selesa. Bagaimana mengatasi masalah ini?

    MAHU TAHU
    Kuala Lumpur

    Anda mengalami posisi ereksi yang menegak keras mendongak ke atas yang bergelar 'hyperextension'. Keadaan ini mungkin berlaku akibat amalan anda memposisikan alat kelamin ke atas ketika memakai seluar dalam sejak kecil lagi.


    Ketika tidur ereksi berlaku dan keadaan meniarap membuatkan alat sulit mendongak ke atas! Jadi, dalam keadaan begitu memang sukar bagi anda melakukan posisi yang beraneka kerana ereksi luar biasa itu.

    Keadaan ini dapat diatasi dengan anda menjalani pembedahan kecil untuk memotong sedikit tisu ikatan antara pangkal alat sulit itu dengan tundun. Cara tanpa pembedahan ialah menggunakan alat penarik kelamin yang bergelar andropenis dan memposisikan alat itu ke bawah supaya alat sulit itu akan melengkung ke bawah ketika ereksi kelak.


    Saya tidak syorkan anda mengurut atau menarik alat kelamin dan jangan membeli alat dari Internet kerana apa yang anda akan dapat ialah alat ciplak yang boleh merosakkan alat sulit anda.

    SAYA masih bujang dan berusia 24 tahun. Saya mengalami masalah pada alat sulit dan risau dengan kemampuannya kerana sukar mengalami ereksi s...

    SAYA masih bujang dan berusia 24 tahun. Saya mengalami masalah pada alat sulit dan risau dengan kemampuannya kerana sukar mengalami ereksi seperti biasa. Ini mungkin kerana kekerapan beronani sejak zaman sekolah. Kebelakangan ini saya mengalami sakit pinggang, adakah ia berpunca daripada perbuatan itu?

    JEJAKA RISAU
    Selangor


    Ereksi dan lelaki tidak boleh dipisahkan kerana fenomena ini sinonim untuk lelaki dan ia muncul sejak janin lelaki masih dalam kandungan, yang mana ereksi janin lelaki dapat kelihatan melalui imbasan ultrasound.

    Fenomena ereksi menjadi lebih ketara apabila lelaki itu akil baligh dengan ketumbesaran anggota kelamin dan perkembangan sistem kawalan syahwat.

    Tidak hairan jika lelaki itu sangat mudah mencapai ereksi pada bila-bila masa selepas mencapai akil baligh, terutama jika kerap merangsangkan anggota kelamin (onani) dan mencapai keghairahan dengan menonton video atau Internet yang menghangatkan perasaan syahwat.

    Lelaki itu akan terasa tindak balas syahwatnya berkurangan apabila mula mengurangkan aktiviti mengghairahkan itu sehingga dia rasa kemampuan ereksinya kurang walaupun masih muda.

    Istilah mati pucuk atau impotensi digunakan untuk menggambarkan kegagalan lelaki mencapai ereksi atau ketegangan alat sulit yang mencukupi untuk tujuan persetubuhan.

    Ada lelaki tidak pernah mengalami atau menghayati ereksi dalam hidupnya, dan fenomena ini dikenali sebagai mati pucuk prima. Ini jarang berlaku.

    Kebanyakan kes mati pucuk ialah mati pucuk sekunder atau mati pucuk kerana berlaku perubahan kesihatan sama ada perubahan fizikal (organic impotence) atau mental (psychological impotence).

    Anda menganggarkan mengalami masalah mencapai ereksi berkualiti atau ereksi tidak seperti dulu dan anda kaitkan masalah ini kepada amalan onani.

    Kini anda sudah kurangkan amalan itu dan tidak lagi terbabit dengan aktiviti yang mengapi-apikan atau merangsangkan perasaan syahwat.

    Dalam keadaan begitu, keadaan ereksi anda tentu berubah. Jika anda mencapai ereksi secara spontan dan ia tidak 'bergelora' seperti sebelum ini, yang penting anda masih mencapai ereksi.

    Ereksi spontan yang berlaku pada sebelah awal pagi itu menggambarkan sistem fungsi ereksi normal, hanya kualiti atau tahap ereksi berbeza. Ereksi ini akan mengendur apabila anda terbangun atau selepas buang air kecil, ia juga normal.

    Anda tidak perlu risau dengan apa yang berlaku kepada keadaan ereksi. Ia berlaku kerana anda tak terbabit dengan onani dan aktiviti merangsang syahwat dengan bahan lucah.

    Anda sepatutnya tumpukan kepada pelajaran atau pekerjaan dan amalkan gaya hidup sihat, bebas daripada tekanan dan amalan tidak sihat seperti merokok dan minuman keras. Anda perlu lebihkan aktiviti fizikal seperti bersukan dan rekreasi.

    LELAKI mempunyai sepasang buah kerandut atau 'testis' yang mula aktif dan membesar selepas lelaki itu mencapai akil baligh. Bentuk d...

    LELAKI mempunyai sepasang buah kerandut atau 'testis' yang mula aktif dan membesar selepas lelaki itu mencapai akil baligh.

    Bentuk dan saiz buah kerandut menggambarkan keaktifan kilang dan sebagai bandingan, saiz buah kerandut lelaki matang tidak kurang daripada tiga per empat saiz ibu jari kakinya.

    Jika digunakan pengukurnya (Prader's Orkidometer) saiz buah kerandut yang normal untuk lelaki Asia ialah antara 12 mililiter (ml) hingga 25 ml.

    Ukuran 10 ml boleh dikatakan yang terendah normal dan kurang daripada itu akan menjadi tidak normal. Buah kerandut kecil kurang menghasilkan sperma. Jika sangat kecil, kemungkinan buah kerandut tidak dapat menghasilkan sperma. Buah kerandut sebegitu dinamakan 'atrophic testis'.


    Saiz buah kerandut boleh berubah dari semasa ke semasa dan lelaki berkahwin akan mendapati kilang sperma aktif dan buah kerandut akan kelihatan besar jika hubungan kelamin kerap dilakukan. Jika kurang melakukan hubungan seks, lama-kelamaan buah kerandutnya kelihatan kecil dan mengecut.


    Perubahan suhu buah kerandut juga boleh mempengaruhi saiznya dan jika terdedah kepada kepanasan untuk jangka masa lama, kilang buah kerandut menjadi kurang aktif dan mengecut.

    Jadi pakaian dalam ketat, yang menolak buah kerandut berdekatan badan, dan lebih-lebih lagi jika lelaki itu gemuk dengan banyak lemak di tundun dengan kedua-dua buah kerandut berkedudukan mengelilingi lemak, lama-kelamaan buah zakar boleh mengecut.

    Kecederaan atau trauma kepada buah kerandut dan lebih-lebih lagi kecederaan kepada pembuluh darah yang berlaku secara tidak sengaja (seperti tertendang) atau sengaja seperti mengurut juga boleh membuatkan kilang dalaman tercedera dan buah kerandut mengecil beberapa bulan kemudian.

    Sama juga dengan infeksi atau radang buah kerandut disebabkan jangkitan seperti penyakit beguk atau 'mumps' boleh membuatkan ia mengecil selepas beberapa tahun.

    Jika pembuluh darah kepada buah kerandut tersekat atau jalanan darah terganggu, kedua-dua buah kerandut itu juga boleh mengecut dan mengecil.

    Cara tepat untuk mengesan perubahan kepada buah kerandut ialah menerusi pemeriksaan kendiri atau 'self testicular examination' sebulan sekali. Cara pemeriksaan ialah seperti berikut:

    > Lihat kedudukan buah kerandut depan cermin. Tujuh puluh peratus lelaki mempunyai buah kerandut kiri sedikit ke bawah daripada kanan dan ia perkara biasa. Kemudian guna tangan kiri untuk mengampu kerandut sambil tangan kanan menelitinya dari depan ke belakang dan dari atas ke bawah, meneliti pundi epididimis dan pembuluh darah. Lakuan perkara sama untuk memeriksa buah kerandut kiri dan kali ini tangan kanan mengampu kerandut. Jika terasa sesuatu yang memusykilkan, jumpa doktor.

    > Jika sudah bertemu doktor dan tidak puas hati dengan hasil pemeriksaan, jumpa pakar untuk pendapat kedua. Untuk kepastian, pemeriksaan imbasan boleh dilakukan dan diagnosis tepat dapat diberi.
    Perasaan kebas pada anggota kelamin anda ada kaitan dengan tekanan urat saraf dan perjalanan darah di bahagian 'perineum' atau kelangkang akibat menunggang motosikal. Anda boleh gunakan kusyen lebih lembut dan ubah posisi menunggang supaya bahagian kelangkang tidak tertekan lama. Jika terus mengalami tekanan itu, kemungkinan anda mengalami ED atau disfungsi erektil.

    Recent Posts